Abdul Samah (tengah) menunjukkan wang yang dirampas daripada suspek kes culik kanak-kanak lima tahun di Kajang semalam, sambil diperhatikan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah (dua kiri) pada sidang media di IPK Selangor. FOTO Muhammad Sulaiman
Oleh Mohd Hasbi Sidek

Shah Alam: Dalang utama kes penculikan kanak-kanak berusia lima tahun di Kajang pagi semalam, antara empat ditahan tengah malam tadi.

Suspek berusia 45 tahun itu ditahan di Kajang Raya, Sungai Chua, Kajang, jam 12.15 tengah malam tadi.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata, susulan tangkapan pertama membabitkan dua penculik, polis menahan dalang utama kes berkenaan.

"Kami merampas wang tunai berjumlah RM261,550 daripada suspek di beberapa lokasi.

"Pemandu teksi yang menghantar mangsa juga ditahan di Kawasan Perindustrian Bukit Angkat, Kajang 12.15 tengah malam tadi untuk bantu siasatan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, pagi tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Oktober 2015 @ 11:55 AM