ZULFAHMI pada asidang media di Litar Antarabangsa Sepang Kuala Lumpur pada 1 Ogos lalu. FOTO Osman Adnan
ZULFAHMI pada asidang media di Litar Antarabangsa Sepang Kuala Lumpur pada 1 Ogos lalu. FOTO Osman Adnan
Oleh Saiful Affendy Sapran


Kuala Lumpur: Tiga pelumba negara yang beraksi di Kejohanan Grand Prix Motosikal Dunia mempamer aksi cemerlang pada Grand Prix Motegi, Jepun, hari ini.

Pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin yang beraksi bersama SIC Racing Team menamatkan perlumbaan di tempat kelima selepas bermula di petak ke-15.

Lebih menarik, kejayaan Zulfahmi hadir pada penampilan ke-100 di saingan berprestij itu selepas memulakan karier sejak 2009.

Azlan Shah Kamaruzaman dari pasukan IDEMITSU Honda Team Asia yang beraksi dalam kelas Moto2 pula cemerlang dengan penamat keempat selepas bermula di petak ke-12.

Pelumba Petronas Raceline Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah yang turut beraksi dalam saingan Moto2, melengkapkan aksi cemerlang pelumba negara dengan menduduki tempat kelima.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Oktober 2015 @ 1:31 PM