BILIK kapsul untuk tetamu bermalam dengan kos yang murah.
BILIK kapsul untuk tetamu bermalam dengan kos yang murah.
REPLIKA roket yang dilekatkan di dinding bersama patung makhluk asing yang menarik.
REPLIKA roket yang dilekatkan di dinding bersama patung makhluk asing yang menarik.
Bilik yang direka bagi memberikan tetamu pengalaman seperti berada di sebuah stesen angkasa.
Bilik yang direka bagi memberikan tetamu pengalaman seperti berada di sebuah stesen angkasa.

BEBERAPA hotel di seluruh dunia kini menggunakan tema angkasa lepas untuk hiasan bilik sebagai satu cara terbaru untuk menarik pelanggan.

Katil, lampu dan perabot yang direka dengan sentuhan moden seperti yang biasa dilihat dalam fiksyen sains ini sudah pasti membuatkan pelanggan terpegun.

Hiasan yang luar biasa ini sudah pasti memberikan pelanggan suasana seperti berada di angkasa lepas atau di sebuah pesawat angkasa.

Di sini disenaraikan beberapa buah hotel yang menawarkan bilik angkasa lepas yang perlu dilawati peminat dunia astronomi.

Hotel Kameha Grand Zurich, Switzerland

Hotel ini membuka suite angkasa mereka pada bulan ini dengan idea untuk membawa tetamu merasai suasana di stesen angkasa.

Bilik di hotel ini direka oleh artis Jerman, Michael Najjar yang menyertai projek perintis angkasawan Galaksi Virgin tajaan bilionaire terkenal, Richard Branson.

Suite ini mempunyai katil yang direka supaya kelihatan seolah-olah ia terapung serta lampu yang diilhamkan daripada enjin roket.

Satu sarung tangan angkasawan diletak di dinding untuk tetamu meletakkan telefon bimbit dan kad bilik mereka.

Hotel Moonrise di St Louis di Missouri, Amerika Syarikat

Hotel mesra kanak-kanak ini mengikut tema angkasa lepas dan penuh warna-warni.

Berbeza dengan hotel lain, ia lebih santai dan pasti memuaskan hati tetamunya.

Hotel yang dibuka pada 2009 ini mempunyai restoran yang pernah memenangi anugerah antara restoran hotel terbaik dunia.

Hotel Wanderlust, Singapura

Setiap bilik di hotel yang terletak di Little India, Singapura ini adalah berbeza.

Di tingkat atas hotel terdapat sembilan bilik yang mempunyai pelbagai tema untuk dipilih pelanggan.

Sebuah bilik dengan tema angkasa lepas mempunyai roket yang melekat di dinding lengkap dengan patung makhluk asing.

Bilik angkasa kedua juga mempunyai hiasan roket yang sama, tetapi mempunyai bilik mandi yang lebih luas.

Hotel Kapsul Angkasa Pengheng di Shenzhen, China

Hotel ini maju setapak lagi kerana tidak mengambil ramai kakitangan kerana majoriti pekerjanya adalah robot.

Daripada penyambut tetamu di lobi hingga ke pengawal pintu masuk dan pelayan, semuanya dilakukan robot.

Hotel kapsul ini tampil berbeza kerana meng­gabungkan kombinasi penginapan sederhana dengan sentuhan futuristik.

Hotel Barcelo Sants, Sepanyol

Hotel ini sepenuhnya menggunakan tema ang­kasa lepas dan anda boleh melihat keunikannya ketika tiba di lobi lagi.

Setiap bilik diilhamkan suasana di stesen angkasa lepas dan mempunyai tingkap yang besar.

Tidak cukup dengan itu sebuah bar yang juga bertemakan angkasa lepas pasti memberikan pengalaman yang berbeza.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Oktober 2015 @ 5:52 AM