WILLEY (tengah) menyerahkan 15 anak kunci kereta kepada anggota Balai Polis Semenyih. FOTO Nabihah Kamal
Oleh Nabihah Kamal


Kajang: "Kita percaya bahawa pemandu teksi bukan suspek utama," kata Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Willey Richard, hari ini.

Menurut Willey, pemandu teksi berusia 40-an yang menghantar kanak-kanak yang diculik ke rumahnya di Taman Cahaya Sungai Chua, Kajang direman sehingga Jumaat ini hanya untuk membantu siasatan.

"Tiga suspek sudah ditangkap dan direman untuk soal siasat. Kita akan tahu siapa dalang penculikan ini dalam masa terdekat," katanya pada Majlis Serah Terima Kereta Peronda (MPV) Model Inspira di sini, pagi tadi.

Sebelum ini, kanak- kanak lelaki berusia lima tahun diculik dalam kejadian di Sungai Chua pada 9 Oktober lalu.

Bagaimanapun, pemandu teksi yang mendapat maklumat melalui laman sosial mengenai kejadian berkenaan mengecam wajah kanak-kanak itu sebelum menjumpai mangsa ditepi jalan.

Pemandu teksi yang berusia 40-an itu kemudiannya menghantar mangsa pulang ke rumah pada hari kejadian.

Berita berkaitan:

> Suspek dah kena cekup: http://hmtro.com/1huDJH0

> Budak diculik selamat pulang: http://hmtro.com/1RxwlYC

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Oktober 2015 @ 11:43 AM