KHAIRUDDIN ketika didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, semalam. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
KHAIRUDDIN ketika didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, semalam. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
Oleh Murni Wan Omar


Kuala Lumpur: Bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menarik balik permohonan habeas corpus berhubung penahanannya mengikut SOSMA di Mahkamah Tinggi hari ini.

Peguam Hanif Khatri Abdulla berkata, permohonan itu kini bersifat akademik berikutan Khairuddin sudah didakwa semalam.

Oleh itu Hakim Kamardin Hashim membatalkan permohonan habeas corpus itu.

Sementara itu, petang ini Mahkamah Tinggi akan mendengar permohonan Khairuddin untuk mencabar dakwaan yang dikenakan terhadapnya.

Semalam, Khairuddin didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan cuba melakukan sabotaj terhadap perbankan dan kewangan negara antara Jun dan Ogos lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Oktober 2015 @ 1:30 PM