Mohamed Apandi pada sidang media hari ini. FOTO Fariz Iswadi Ismail
Mohamed Apandi pada sidang media hari ini. FOTO Fariz Iswadi Ismail
Oleh Siti A'isyah Sukaimi

Putrajaya: Pendakwaan terhadap Datuk Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang adalah mengikut Kanun Keseksaan dan bukannya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menjelaskan, SOSMA adalah undang-undang prosedur yang menyediakan langkah khas bagi memudahkan penyiasatan dan pendakwaan kesalahan keselamatan.

"Ini bermaksud kesalahan keselamatan itu adalah tidak terhad kepada keganasan dan pengganas," katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai pelbagai pihak yang mempersoalkan tindakan yang dibuat terhadap Khairuddin dan peguamnya.

Sementara itu, Mohamed Apandi berkata, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953.

Malah, katanya, tiada keperluan untuk mengkaji semula keputusan sebelum ini berdasarkan surat Bank Negara 1 Oktober lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Oktober 2015 @ 4:52 PM