SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah menyampaikan anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Perak kepada Ustaz Kazim. FOTO Muhaizan Yahya
Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop dan Balqis Jazimah Zahari


Ipoh: Pendakwah bebas, Datuk Mohamad Kazim Elias dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Perak sempena sambutan Maal Hijrah 1437H/2015 di Pusat Konvensyen Aman Jaya di sini, hari ini.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Kazim membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000, pakej umrah, medal, plak dan hadiah iringan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Pemilihannya sebagai Tokoh Maal Hijrah berikutan sumbangan besarnya dalam menyampaikan dakwah di negeri ini.

Sementera itu, bekas Ketua Setiausaha Negara yang berkhidmat dari tahun 1990 hingga 1999 Tun Dr Ahmad Sarji Abdul Hamid pula dipilih sebagai Tokoh Ar-Ridzuan 1437.

Ahmad Sarji yang kini dilantik menjadi Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) dipilih menerima anugerah berkenaan berikutan sumbangan besar beliau dalam pelbagai bidang baik ketika menjawat jawatan sebagai penjawat awam dan juga selepas bersara.

Kedua-dua anugerah disampaikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Oktober 2015 @ 12:45 PM