MOHAMED Khaled (kiri) menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah 2015 kepada Zahari (tengah) dan diperhatikan Exco Agama Negeri Johor, Abdul Mutalib Abdul Rahim (kanan). FOTO Mohd Azren Jamaludin
Oleh Mohd Sabran Md Sani


Kulai: Bekas guru besar sekolah agama, Zahari Jaafar Awang, 68, dipilih sebagai tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Johor di Dewanraya Putra, Bandar Putra di sini, hari ini.

Anugerah Tokoh Maal Hijrah itu disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Zahari yang berkhidmat lebih 30 tahun sebagai pendidik di beberapa sekolah agama di Johor itu menerima wang tunai RM10,000 beserta sijil dan hadiah iringan daripada kerajaan Johor.

Anugerah Saudara Baru Kita (Perempuan) dinobatkan kepada Salina Er Abdullah, Anugerah Saudara Baru Kita (Lelaki), Mohd Hafizuudin Abdullah dan Anugerah Saudara Kita Orang Asli, Jarih Bin Uneh.

Masing- masing menerima wang tunai RM5,000, sijil penghargaan, plak dan hadiah iringan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Oktober 2015 @ 1:49 PM