Willian (kanan) membantu pasukannya menewaskan Venezuela 3-1 awal pagi tadi. - Pix AFP

Fortaleza: Willian menjaringkan gol selepas hanya 40 saat dan menambah jaringan sebelum waktu rehat membantu Brazil menewaskan Venezuela 3-1 awal pagi tadi untuk meraih tiga mata zon kelayakan Amerika Selatan untuk Piala Dunia 2018.

Selepas kekalahan 2-0 kepada Chile minggu lalu Brazil sekali lagi beraksi tanpa Neymar yang digantung.

Venezuela membalas satu gol pada m-64 menerusi Christian Santos tetapi penyerang Ricardo Oliveira memastikan kemenangan Brazil melalui tandukan sembilan minit kemudian. - Reuters

-----

Keputusan lain kempen kelayakan Amerika Selatan untuk Piala Dunia 2018

Ecuador 2 (Bolanos 81, Caicedo 90-pen) Bolivia 0

Uruguay 3 (Godin 35, Rolan 51, Hernandez 88) Colombia 0

Paraguay 0 Argentina 0

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Oktober 2015 @ 2:04 PM