Skip this ad x
AHLI keluarga membawa mangsa yang dibebaskan ke hospital pada 9 Oktober lalu. FOTO Mohd Fadly Samsudin
Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque


Shah Alam: Pemandu teksi yang menghantar pulang kanak-kanak yang diculik di Sungai Chua, Kajang, dibebaskan dengan bon polis, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, tiga lagi suspek akan didakwa di Mahkamah Kajang, esok pagi mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik 1961.

Beliau berkata, pemandu berusia 40 tahun itu dibebaskan mengikut Seksyen 49 Kanun Prosedur Jenayah.

"Pemandu teksi terbabit dibebaskan selepas polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikan dan tidak mempunyai kaitan dengan suspek dan kejadian culik berkenaan," katanya.

Kanak-kanak berusia lima tahun diculik dua lelaki ketika dihantar ibunya ke tadika di Taman Setia, Sungai Chua, 9 pagi, pada 9 Oktober lalu.

Kanak-kanak itu bagaimanapun ditemui pemandu teksi terbabit berjalan seorang diri di Bukit Angkat Sungai Chua sebelum menghantarnya pulang ke rumah keluarga mangsa di Taman Cahaya Suria.

Berita berkaitan

> Pemandu teksi hanya bantu siasatan: http://hmtro.com/1Zxih6E

> Dalang ditahan, wang RM261,550 dirampas: http://hmtro.com/1VKggiD

> Suspek dah kena cekup: http://hmtro.com/1huDJH0

> Budak diculik selamat pulang: http://hmtro.com/1RxwlYC

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Oktober 2015 @ 6:14 PM