Oleh Afiq Hanif

Kuala Lumpur: Celcom Axiata Berhad (Celcom) menawarkan pelanggan peluang membeli dua telefon terbaru, iPhone 6s atau 6s Plus masing-masing pada harga semurah RM1,058 dan RM1,478 melalui pelan Firstnya.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Jualannya, Zalman Aefendy Zainal A bidin berkata, Celcom menawarkan rangkaian 4G LTE terpantas dan meluas di seluruh Malaysia yang bersesuaian dengan penggunaan iPhone.

“Ia sudah pasti memberi pengalaman terbaik yang menawarkan lebih penggunaan mudah alih,” katanya.

Bermula seawal jam 6 petang, semalam, pelanggan sudah mula beratur untuk mendapatkannya di empat lokasi Blue Cube Celcom di Sunway Pyramid, Blue Cube Publika, Celcom Centre Taman Molek, Johor Bahru dan Blue Cube Elit Avenue Bayan Baru, Penang.

Ia juga menawarkan peluang tukar beli sehinga RM1,900 untuk iPhone terbaru itu.

Sementara itu, Digi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) pula menawarkan rebat sebanyak RM200 bagi pembelian sekiranya pengguna iPhone dengan pelan DiGi SmartPlan 98.

Manakala jika pelanggan menukar rangkaian mereka kepada DiGi pula, mereka akan memperoleh peluang penjimatan sehingga RM300.

Ketua Pascabayar DiGi, Praveen Rajan berkata, syarikatnya melancarkan iPhone baru itu di enam lokasi berbeza bermula tengah malam tadi.

“Ia termasuk di SS2, Petaling Jaya, Kuantan, Pahang, Pulau Tikus, Pulau Pinang, Danga Bay, Johor, Kuching, Sarawak dan Api Api, Sabah,” katanya.

Maxis Berhad (Maxis) pula, mengamalkan konsep pratempah dan memperkenalkan kempen 24 Hours Maxis Express yang mana setiap pembelian iPhone akan dihantar kepada pelanggan dalam masa 24 jam.

Tempahan pada awal 9 Oktober lalu saja akan dapat menikmati perkhidmatan terpantas ini tidak kira di mana anda berada.

U Mobile Sdn Bhd pula memperkenalkan pakej iPhone i40, i60, i90 dan i130 dengan kapasiti data 1.5GB hingga 10GB.

Pada masa sama, ia juga menawarkannya untuk pakej prabayar yang tidak terdapat pada mana-mana syarikat telekomunikasi.

Syarikat terbabit juga memperkenalkan pakej Flexi U MicroCredit iaitu pembelian iPhone melalui bayaran bulanan RM118 x 36 bulan sebagai pilihan tambahan kepada individu yang tidak mampu mendapatkannya pada harga penuh.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Oktober 2015 @ 6:20 AM
Digital NSTP Subscribe