Antara komponen motosikal yang dirampas. FOTO ihsan PDRM
Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


Petaling Jaya: Polis menumpaskan sindiket curi motosikal di daerah ini selepas menahan 15 lelaki berusia 20 hingga 30-an dalam tiga serbuan berasingan Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, pada mulanya empat lelaki ditahan disekitar daerah Tanjung Malim selepas disyaki terbabit dengan kes kecurian motosikal di daerah ini.

"Hasil soal siasat ke atas mereka membawa kepada penahanan seorang lelaki di Desa Mentari, di sini, sebelum 10 lagi lelaki ditahan beberapa jam kemudian di sekitar daerah ini.

"Polis turut merampas rangka, enjin dan komponen motosikal dalam operasi berkenaan," katanya dalam satu kenyataan media, petang tadi.

Katanya, semua suspek kini direman bagi membantu siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Oktober 2015 @ 5:11 PM