Bahagianya menjadi Rani Mukerji apabila suaminya, produser Aditya Chopra bercadang mahu membawanya berbulan madu setiap bulan.

Selepas pasangan itu berkahwin pada April lalu di Itali, mereka tidak sempat berbulan madu berikutan jadual kerja mereka yang padat.

Kini, setiap bulan Aditya akan ke luar negara dan pastinya Rani akan dibawa sekali.

Imbas semula kisah cinta pasangan ini, mereka berkenalan ketika Rani berlakon dalam filem Kuch Kuch Hota Hai di mana produser Karan Johar yang memperkenalkan mereka.

Selepas itu hubungan mereka terus diselubungi misteri kerana ketika itu Aditya masih beristeri. Sebaik saja Aditya mengumumkan perceraiannya, Rani juga membuat kenyataan yang mereka kenalan biasa saja.

Desas-desus terus bertiup kencang mereka ada hubungan istimewa dan segalanya terjawab apabila pasangan itu berkahwin secara rahsia di Itali dengan dihadiri keluarga dan rakan rapat.

Tegas Rani, dia enggan mendedahkan hal peribadinya kepada media kerana mahu melindungi keluarganya agar tidak terjebak sama dalam kontroversi yang melanda dirinya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 November 2014 @ 5:00 AM