Oleh Azlan Muhammad Zain


Kuala Lumpur: Perancangan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melanjutkan saingan Piala Malaysia hingga Disember mencetuskan persoalan berhubung kontrak pemain.

Ini kerana kontrak kebanyakan pemain tempatan dan import tamat pada 30 November ini sekali gus menimbulkan persoalan terutamanya membabitkan empat pasukan yang mara ke separuh akhir.

Menerusi jadual terbaru yang dikeluarkan badan induk bola sepak negara (mengambil kira kemaraan Johor DT ke final Piala AFC), saingan separuh akhir pertama dan kedua akan berlangsung pada 4 dan 5 Disember.

Manakala separuh akhir kedua pada 11 dan 12 Disember disusuli final pada 19 Disember.

“Situasi ini akan menimbulkan masalah kepada empat pasukan yang mara ke separuh akhir. Kontrak pemain sudah berakhir pada Disember.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Oktober 2015 @ 7:13 AM