SEBAHAGIAN dapur musnah dalam kebakaran tengah hari, semalam.Gambar kecil, mangsa yang mengalami sesak nafas dibawa ke hospital.
SEBAHAGIAN dapur musnah dalam kebakaran tengah hari, semalam.Gambar kecil, mangsa yang mengalami sesak nafas dibawa ke hospital.
Oleh Nur Syazwana Mansor

Yan: Suasana hiba sebuah keluarga yang menyediakan hidangan majlis tahlil arwah ibu bertukar kelam-kabut apabila dapur rumah terbakar dipercayai akibat kebocoran saluran gas dalam kejadian di Kampung Batu 17, Guar Chempedak, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa, Zurina Abd Rahim, 26, dan adiknya, Rosliza, 20, dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Yan kerana sesak nafas selepas terperangkap di dalam bilik air di dapur rumah mereka.

Kakak ipar mangsa, Noor Asiah Said, 37, berkata, ketika kejadian, dia mengupas bawang di luar rumah bersama beberapa jiran sebelum terdengar suara dua adik ipar menjerit meminta tolong.

Menurutnya, dia yang terkejut mendapati api merebak memenuhi kawasan ruang dapur rumah mereka.

Katanya, dia mendengar suara dua iparnya menjerit meminta tolong, tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana api marak dengan cepat sehingga tiada jalan keluar.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Oktober 2015 @ 7:33 AM