PELAJAR Diploma Teknologi Makmal Perubatan Kolej Sime Darby menjalankan kajian di makmal.
Oleh Hartini Mohd Nawi


Kelayakan dan pakar terlatih menjadikan kerjaya di bidang teknologi makmal perubatan kini dilihat penting dan makin mendapat sambutan.

Ini ditambah dengan ahli teknologi makmal yang cekap, bermotivasi dan bergelar pasukan penjagaan kesihatan penyayang.

Bagi memenuhi keperluan yang mencabar dalam industri penjagaan kesihatan, Kolej Sime Darby menawarkan Diploma Teknologi Makmal Perubatan (MLT) selama tiga tahun.

MLT ialah program berasaskan kompetensi sains membabitkan ujian makmal berkaitan diagnosis, rawatan dan pencegahan penyakit.

Pelajar dikehendaki melakukan ujian untuk menganalisis pelbagai sampel seperti darah, air kencing, kahak dan tisu.

Selain itu, satu komponen penting dalam program MLT ialah penempatan makmal wajib di makmal perubatan dan hospital.

Apatah lagi Pusat Perubatan Sime Darby mendapat pengiktirafan antarabangsa dikeluarkan Jawatankuasa Bersama Antarabangsa (JCI).

Pusat perubatan berkenaan ialah hospital penjagaan kesihatan antara yang terbaik dengan teknologi perubatan canggih.

Pada masa sama, ia memberi pendedahan kepada pelajar baru mengenai teknologi makmal perubatan dan menanam keyakinan ketika menjalankan tugas.

Pemegang diploma juga berpeluang memajukan diri dalam bidang akademik dan kerjaya.

Mereka boleh meneruskan kursus lepasan diploma dengan pengkhususan dalam pelbagai bidang seperti EEG, ECG, sitologi, perubatan nuklear atau melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah, sarjana dan doktor falsafah.

Malah, graduan boleh bekerja di makmal perubatan, hospital dan sektor kesihatan awam, bioperubatan institut penyelidikan dan pembangunan sains, pengajaran hospital dan universiti, farmaseutikal atau makmal forensik.

Program MLT menggariskan beberapa objektif tertentu.

Pertama, membolehkan pelajar menunjuk atau memaklumkan cara penjagaan kesihatan yang betul.

Kedua, bersedia dengan pengetahuan dan kemahiran untuk memproses serta melaksanakan analisis mengenai spesimen dalam pelbagai disiplin teknologi makmal perubatan.

Ketiga, menganalisis keputusan dan memberikan maklumat cepat dan tepat kepada doktor untuk diagnosis perubatan dan rawatan selain pencegahan penyakit kepada pesakit.

Keempat, membuat pertimbangan klinikal bunyi berdasarkan amalan berasaskan bukti dan teori berkaitan secara pemikiran kritis serta beretika membuat keputusan.

Kelima, menunjukkan kerjasama dengan rakan, pesakit, profesional dan pasukan penjagaan kesihatan.

Keenam, berkomunikasi dengan jelas dan peka menggunakan pelbagai kaedah.

Ketujuh, menunjukkan tanggungjawab untuk pertumbuhan profesional dan pendidikan berterusan.

Di samping itu, profil kursus untuk program MLT ialah menjadikan bahasa Melayu dan Inggeris sebagai medium pengajaran serta menggabungkan teori dan amalan dalam penyampaian program.

Sementara itu, kaedah kursus dijalankan membabitkan kuliah, tutorial, interaksi secara bersemuka, demonstarasi, sesi praktikal dan kemahiran makmal, selain kajian kes dan pembelajaran berasaskan ‘masalah,’ pembelajaran kendiri, perbincangan kumpulan kecil dan lawatan lapangan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Oktober 2015 @ 11:10 AM