MAZIAH bersama anaknya Nazreem dan Ummi Nazeera. FOTO Sarah Zulkifli

Oleh Sarah Zulkifli

Kuala Lumpur : Mahkamah Majistret di sini, membebaskan dan melepaskan ibu kepada pelakon Ummi Nazeera, Datuk Maziah Musa daripada tuduhan memberikan keterangan palsu pada perbicaraan berhubung kes cerainya di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 16 Oktober 2009.

Majistret Nor Azura Murah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Dia yang juga seorang ahli perniagaan memakai baju kurung berwarna coklat dan menangis sebaik keputusan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu dengan menggunakan sijil nikah palsu bertarikh 25 Disember 1997 yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Narathiwat Thailand.

Sebelum ini, pada 20 Mei 2013, Maziah pertama kali dihadapkan ke mahkamah sama atas pertuduhan sama, tetapi dia dibebas tanpa dilepaskan oleh mahkamah kerana beberapa saksi penting tidak dapat hadir pada perbicaraan lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Oktober 2015 @ 2:05 PM