Antara penagih dadah yang ditahan dibawa ke IPD Padang Terap. - Foto Muhaamad Hafis Nawawi.
Antara penagih dadah yang ditahan dibawa ke IPD Padang Terap. - Foto Muhaamad Hafis Nawawi.
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Padang Terap: Remaja berusia semuda 13 tahun antara 20 penagih dadah dan dua pengedar yang ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap yang menyerbu sarang penagihan dadah di Felda Lubuk Merbau dan Kampung Tanjung Piring, Naka, di sini, pagi tadi.

Dalam serbuan bermula jam 5.30 pagi itu, polis bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Padang Terap yang menerima maklumat berhubung kegiatan penagihan dadah di kawasan terbabit bertindak menyerbu kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Padang Terap Deputi Superintendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, dalam serbuan itu pihaknya menahan dua lelaki berusia 30-an yang juga pengedar dadah dan merampas 20 gram heroin bernilai RM500.

Menurutnya, seramai 20 penagih antara berusia antara 13 hingga 56 tahun yang sedang leka menghisap dadah lari bertempiaran ketika serbuan namun berjaya ditahan.

“Semua yang ditahan dibawa ke IPD Padang Terap dan kes disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah 1983,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Oktober 2015 @ 4:49 PM