SANCHEZ (kanan) jana kemenangan Pumas ke atas Ireland.

Cardiff, Wales: Nicolas Sanchez muncul pemain penting membantu kemaraan Argentina ke separuh akhir Ragbi Piala Dunia selepas hanya memainkan peranan kecil dalam French Top 14.

Pemain flyhalf berusia 26 tahun itu tidak begitu digeruni di padang dan mempunyai ketinggian 1.77 meter serta berat badan 83kg, namun kelincahannya memukau.

Sanchez menyempurnakan lima penalti dan empat conversion, terlepas hanya satu sepakan ke arah gol, ketika Argentina mengumpul empat try bagi mengatasi juara Enam Negara, Ireland 43-20 pada suku akhir di Stadium Millennium, Cardiff, kelmarin.

Dia kini berada di kedudukan kedua dalam ranking mata kejohanan selepas mengumpul 74 mata setakat ini.

“Kami berjaya melunaskan impian terbesar kami mara ke separuh akhir, tapi kami tidak perlu berdiam diri dan gembira dengannya, kami perlu berazam muncul yang terbaik.”

Selepas tiga musim di Bordeaux-Begles, yang mana dia bergelut meraih tempat dalam pasukan utama, Sanchez menyerlah di Toulon apabila dia pantas memastikan diri dalam skuad permulaan 15 pemain.

Dia menyertai pasukan kendalian Bernard Laporte pada Oktober tahun lalu sebagai pengganti sementara flyhalf Perancis, Frederic Michalak.

Dia bermain 15 perlawanan buat Toulon, memulakan 12 daripadanya, dalam tempoh lima bulan sebelum meninggalkan juara Eropah itu bagi majlis perkahwinannya Mei lalu apabila Michalak kembali cergas. Ia bermakna dia terlepas semua aksi baki musim itu. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Oktober 2015 @ 7:14 AM