KEADAAN di Lebuhraya Guthrie kelihatan kabur ekoran cuaca jerebu. FOTO Mohd Asri Saifuddin Mamat
Oleh Mior Riduwan


Kuala Lumpur: Jumlah kawasan merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat meningkat kepada 22 kawasan, setakat tengah hari tadi berbanding 21 kawasan pada 9 pagi.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar, IPU tertinggi direkodkan di Pelabuhan Klang sebanyak 175, diikuti Shah Alam (155), Kuala Selangor (139), Batu Muda (137), Petaling Jaya (135), Banting (132), Tanjung Malim (130), Putrajaya (123), Tawau (121) dan Jalan Pegoh (120).

Sementara itu, kawasan lain mencatatkan IPU tidak sihat di bawah 120 adalah di Seberang Jaya 2, Prai (104), Bakar Arang Sungai Petani (111), Bukit Rambai (109), Nilai (102), Port Dickson (107) Seremban (106), Jerantut (116), Kemaman (103), Kuala Terengganu (109), Jalan Tasek Ipoh (115), Seri Manjung (118) dan Cheras (116).

IPU 0 hingga 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya). IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Oktober 2015 @ 1:15 PM