KEADAAN jerebu di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di Ipoh pagi tadi. FOTO Mohd Nazrulaswad
PEKERJA di Eco Park, Taman Botani memangkas pokok bunga hiasan walau dalam keadaan jerebu di Ipoh. FOTO Yahya Zainuddin
Oleh Balkis Jazimah Zahari


Ipoh : Dua pesawat dalam penerbangan ke Ipoh terpaksa dilencongkan ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang berikutan keadaan jerebu teruk di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) kira-kira 11 pagi tadi.

Pengurus Malaysian Airport Holding Berhad LTSAS, Mohd Ali Osman berkata, kedua-dua pesawat sepatutnya sudah mendarat ke lapangan terbang seperti dijadualkan.

"Pesawat Malindo Air ATR72 dari Singapura dan Firefly ATR72dari Johor Bharu masing-masing sepatutnya tiba di landasan LTAS pada 11.30 dan 11.35 pagi tadi.

"Begitupun kita mendapat isyarat bahawa kedua-dua pesawat berkenaan yang sudah separuh perjalanan ke sini telah dilencongkan haluan ke Subang selepas mendapat maklumat awal keadaan jerebu," katanya.

Menurutnya, setakat ini jarak penglihatan 1,000 meter setakat 11.30 pagi tadi dan operasi atau landasan di lapangan terbang LTAS masih belum ditutup.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Oktober 2015 @ 1:37 PM