KEBAKARAN hutan di selatan Sumatera. FOTO Reuters/Antara
KEBAKARAN hutan di selatan Sumatera. FOTO Reuters/Antara
Oleh Muhammad Saufi Hassan


Kuala Lumpur: Gabungan badan bukan kerajaan (NGO) meneliti kemungkinan mengambil tindakan perundangan terhadap 10 syarikat dipercayai bertanggungjawab membakar hutan sehingga mengakibatkan jerebu teruk di negara ini.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya mendapat maklumat bahawa 10 syarikat berkenaan terbabit dalam aktiviti pembakaran hutan dan mendesak syarikat itu bertanggungjawab terhadap tindakan itu.

"Kita juga akan memikirkan langkah perundangan yang boleh diambil terhadap syarikat ini termasuk kerjasama antarabangsa dengan pihak lain bagi memastikan mereka yang bertanggungjawab dikenakan tindakan," katanya dalam sidang akhbar, hari ini.

Dengan mewujudkan satu sekretariat bagi mengumpul maklumat mengenainya, ia dijangka menjadi satu inisiatif penyelesaian kepada isu yang dilihat semakin meruncing kebelakangan ini.

Nadzim juga berharap semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pakar perundangan untuk bersama dengan PPIM bagi mengenakan tindakan yang sesuai terhadap syarikat itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Oktober 2015 @ 3:46 PM