Oleh Hamzah Osman


Langkawi: Lebih 1,000 penumpang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) apabila 34 penerbangan masuk dan keluar dibatalkan manakala 12 penerbangan lain ditunda berikutan jerebu teruk, hari ini.

Setakat 3 petang ini, antara yang terjejas termasuk sekumpulan 43 pelajar dan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Penghulu Ahmad, di sini, yang sepatutnya mengambil penerbangan 11.30 pagi ini ke Kuala Lumpur untuk program lawatan sambil selajar.

Sementara itu, Pengurus Malaysia Airport Berhad (MAB) Langkawi, Jefry Ramli ketika dihubungi mengesahkan pembatalan penerbangan itu.

"Lapangan terbang tidak ditutup tetapi pembatalan penerbangan dibuat oleh syarikat penerbangan sendiri," katanya.

Sehingga 2 petang ini, Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Langkawi mencatat bacaan 149 iaitu tidak sihat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Oktober 2015 @ 4:39 PM
PELANCONG pelancong tempatan dan asing terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi selepas beberapa penerbangan dibatalkan akibat jerebu. FOTO Hamzah Osman
PELANCONG pelancong tempatan dan asing terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi selepas beberapa penerbangan dibatalkan akibat jerebu. FOTO Hamzah Osman