PASTI berikan yang terbaik dengan sokongan 10,000 penonton.
Oleh Riadz Radzi


Sebagaimana judul album keempat mereka Fenomena, kumpulan rock legenda Search terus mencetus fenomena.

Di saat industri muzik mengalami era suram, Search terus relevan dan tetap menjadi 'crowd puller' dalam setiap persembahan mereka.

Sejak mula mengadakan persembahan di kelab Red Rooster, Kuala Lumpur pada awal 1980-an hinggalah Konsert Search Live In Istana Budaya pada Disember tahun lalu, persembahan Search yang dianggotai Amy (penyanyi), Nasir (bass), Kid (gitar), Din (gitar) dan Yazit (dram) sentiasa dinanti-nantikan.

Kehebatan Search sebagai legenda industri muzik tanah air terbukti menerusi konsert di Istana Budaya tahun lalu yang mendapat sambutan hebat peminat.

Konsert selama tiga hari itu turut mencipta sejarah apabila semua tiket habis dijual.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Oktober 2015 @ 7:32 AM