FOTO ihsan abcnews
Oleh Murni Wan Omar


Kuala Lumpur: Bekas guru penolong kanan dihadapan ke Mahkamah Majistret di sini, petang tadi atas pertuduhan mencabul seorang murid perempuan berusia sembilan tahun, pada April tahun lalu.

Ahmad Rapaie Mohammad, 54, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhamad Faizal Ismail.

Tertuduh yang juga guru disiplin, didakwa memeluk dan mencium kanak-kanak berusia sembilan tahun 11 bulan itu di depan stor dalam bilik media, sebuah sekolah, di sini, pada jam 1.20 petang hari, 30 April 2014.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sepuluh tahun, denda atau sebat, atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Peguam Agus Rosman yang mewakili tertuduh merayu anak guamnya diberi jaminan yang rendah kerana kini mengidap penyakit kanser lutut, sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Oktober 2015 @ 3:10 PM