Petikan video yang tersebar petang tadi.
Petikan video yang tersebar petang tadi.
Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Kuala Lumpur: Polis menafikan video yang tersebar di Facebook (FB) mengenai lima lelaki yang didakwa perompak dan berjaya diberkas di Kampung Melayu, Batu 16 Rawang hari ini terbabit dengan kes rompak, sebaliknya hanya berlaku salah faham.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, pihaknya menahan lima lelaki berusia 30-an itu sebelum mereka dibebaskan selepas pemeriksaan dan soal siasat dilakukan.

Katanya, tiada sebarang rompakan, namun hanya berlaku salah faham kumpulan terbabit dengan seorang lelaki mengenai hutang.

"Pemeriksaan mendapati semua lelaki terbabit tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan keputusan ujian ari kencing disahkan negatif,"katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Video berdurasi 40 saat mendakwa lelaki itu adalah perompak dan mula viral di FB sejak petang tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Oktober 2015 @ 9:43 PM