NORIZA menunjukkan tangan Insyirah yang sentiasa kebiruan.
NORIZA menunjukkan tangan Insyirah yang sentiasa kebiruan.
Oleh Nor Juliana Yaacob


Sik: Kekuatan semangat yang dimiliki Siti Nor Insyirah Jamil, 2, yang mempunyai masalah kedudukan jantung amat mengagumkan apabila masih mampu meneruskan kehidupan walaupun doktor meramalkan dia hanya mampu hidup selama enam bulan pada awal kelahirannya.

Bagaimanapun, Siti Nor Insyirah yang dilahirkan dengan kedudukan jantungnya berada di kanan dan saluran darahnya bercampur dengan darah kotor masih berdepan masalah kerana fizikalnya yang kecil berbanding kanak-kanak seusianya.

Ibunya, Noriza Man, 45, dari Kampung Lubok Tualang, di sini, berkata, dia berasa terharu dengan semangat luar biasa anak bongsu daripada sembilan beradik itu yang masih mampu melihat dunia walaupun doktor sebelum ini tidak memberi harapan tinggi.

Menurutnya, walaupun Insyirah sangat petah bercakap seperti kanak-kanak lain, sehingga kini dia masih belum mampu berdiri apatah lagi berjalan selain memiliki berat badan enam kilogram saja dengan badannya sentiasa berwarna kebiruan.

Bagaimanapun, katanya, mereka memerlukan sebanyak RM40,000 untuk melakukan pembedahan segera bagi menukarkan tiub khas (stent) yang ada di dalam jantung anaknya di sebuah hospital swasta, Pulau Pinang.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Oktober 2015 @ 6:57 AM