FOTO Muhd Asyraf Sawal
Oleh Mahaizura Abd Malik

Kuala Lumpur: Situasi jerebu seluruh negara tidak banyak berubah apabila 24 kawasan masih kekal mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, petang ini, berbanding 28 kawasan, pagi tadi.

Berdasarkan portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), sehingga petang ini, Pasir Gudang, Johor masih merekodkan bacaan tertinggi iaitu 147 diikuti Pelabuhan Klang (146), Bandaraya Melaka (138), Shah Alam (135), Larkin Lama dan Banting (133) serta Putrajaya dan Bukit Rambai (132)

Turut menunjukkan bacaan tidak sihat ialah Kota Tinggi (130), Kuala Selangor (129), Muar (128), Port Dickson (127), Seremban (126), Petaling Jaya (120) serta Nilai (117).

Bacaan IPU di Batu Muda ialah 119 diikuti Cheras (116),Tanjung Malim (113), Langkawi (108), Alor Setar (107), Bakar Arang Sungai Petani (105), Kangar (103), SK Jalan Pegoh (102) dan Seberang Jaya 2 (101).

Sementara itu, 24 kawasan lagi berada pada paras sederhana antara 51 hingga 99 manakala dua kawasan mencatatkan bacaan tahap baik bawah 50.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Oktober 2015 @ 7:48 PM