PELUMBA MotoGP pasukan Estrella Galicia 0,0 Marc VDS, Scott Redding melakukan `willie' selepas tamat sesi ujian masa bebas kedua di Litar Antarabangsa Sepang. FOTO Osman Adnan
Oleh Saiful Affendy Sapran

Sepang: Pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin akan bermula di petak 10 pada perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia, di Litar Antarabangsa Sepang, esok.

Pelumba berusia 24 tahun dari skuad SIC Racing Team itu mencatatkan masa terpantas, 2 minit 13.232 saat.

Nicolo Antonelli dari Ongetta Rivacold mencatat masa terpantas, 2'12.653s untuk bermula di petak pertama.

Pelumba pasukan Estrella, Galicia Jorge Navarro kedua sementara Miguel Oliveira daripada Red Bull KTM Ajo di petak ketiga.

Sementara itu, Pelumba Repsol Honda, Dani Pedrosa mencatatkan masa terpantas 1 minit 59.053 saat pada sesi kelayakan dan meraih petak pertama bagi kategori MotoGP, esok.

Rakan sepasukan Pedrosa yang juga juara bertahan, Marc Marquez, ketinggalan 0.409s untuk meraih petak kedua.

Juara dunia sembilan kali Valentino Rossi dari Movistar Yamaha yang juga pendahulu kejuaraan dunia, meraih petak ketiga dengan cacatan 1'59.726s.

Sementara Jorge Lorenzo yang sekadar ketinggalan 11 mata di belakang Rossi untuk perebutan kejuaraan dunia, meraih petak keempat dengan catatan 1'59.737s.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Oktober 2015 @ 8:39 PM