Juara dunia tiga kali dari Britain Sir Jackie Stewart (kanan) memberi ucap tahniah kepada Hamilton atas kejayaan F1 musim ini. - Pix AFP/Reuters
Juara dunia tiga kali dari Britain Sir Jackie Stewart (kanan) memberi ucap tahniah kepada Hamilton atas kejayaan F1 musim ini. - Pix AFP/Reuters

Austin (Texas): Lewis Hamilton memahat nama dalam kalangan pelumba elit bergelar juara dunia Formula Satu (F1) selepas memenangi perlumbaan mendebarkan penonton di Grand Prix Amerika Syarikat awal pagi tadi.

"Ia detik terhebat dalam hidup saya," katanya menerusi komunikasi radio pasukan sebelum menangis teresak esak sebaik melintasi garisan penamat dengan kelebihan 2.8 saat di depan rakan sepasukannya dari Jerman Nico Rosberg.

Nico mendahului pertarungan sebelum membuat kesilapan di penghujung.

Hamilton muncul pemandu Britain pertama menjulang gelaran dua kali berturut turut dan mencapai impian menyamai rekod idolanya Ayrton Senna.

Ia kejayaan ketiganya selepas 2008 dan tahun lalu.

Juara dunia empat kali Sebastian Vettel menamatkan perlumbaan di tempat ketiga selepas bermula di petak ke-13. Pemandu Jerman terbabit menghambat Rosberg pada lap terakhir. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Oktober 2015 @ 12:07 PM