Oleh Mohd Rizal Abdullah


Tatau: Penduduk Kampung Dagang di sini pagi ini, bergotong-royong membaiki rumah yang rosak akibat dipukul ribut, semalam.

Ketua Kampung Satim Ghafar, 62, berkata, dalam kejadian awal pagi itu, 42 rumah membabitkan 300 penghuni mengalami kerosakan akibat ribut.

"Daripada jumlah itu, 10 rumah mengalami kerosakan teruk. Setakat ini, kerugian dianggarkan lebih RM100,000.

"Kami sudah menerima bantuan makanan dan keperluan asas daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya.

Sementara itu, tinjauan Harian Metro ke Pekan Tatau mendapati kebanyakan peniaga beroperasi seperti biasa, walaupun adabeberapa premis perniagaan yang terjejas akibat ribut terpaksa ditutup.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga sarawak Datuk Fatimah Abdullah turut melawat mangsa ribut di Kampung Dagang, Tatau, 10 pagi tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Oktober 2015 @ 10:47 AM
ANTARA bangunan yang rosak akibat ribut. FOTO Mohd Rizal Abdullah
ANTARA bangunan yang rosak akibat ribut. FOTO Mohd Rizal Abdullah
ANTARA bangunan yang rosak akibat ribut. FOTO Mohd Rizal Abdullah
ANTARA bangunan yang rosak akibat ribut. FOTO Mohd Rizal Abdullah
FATIMAH melawat mangsa di Kampung Dagang. FOTO Mohd Rizal Abdullah
FATIMAH melawat mangsa di Kampung Dagang. FOTO Mohd Rizal Abdullah
ANTARA bangunan yang rosak akibat ribut. FOTO Mohd Rizal Abdullah
ANTARA bangunan yang rosak akibat ribut. FOTO Mohd Rizal Abdullah