X
OPERASI mencari dan menyelamat diteruskan. FOTO Amrullah Abdul Karim
OPERASI mencari dan menyelamat diteruskan. FOTO Amrullah Abdul Karim
Oleh Amrullah Abdul Karim


Kuala Kubu Bharu: Operasi mencari dan menyelamat guru besar sekolah rendah di Kuala Lumpur Jashiah Rabu, 53, diteruskan pagi tadi di kawasan sekitar tiga kilometer pertama bermula di Kampung Orang Asli Buloh Telur, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam berkata, operasi bermula 9 pagi tadi mendapat petunjuk positif di kawasan kebun getah pada jarak 500 meter dari Pusat Kawalan Bomba.

"Unit anjing pengesan, K9 mengesan petunjuk di pondok dalam kebun itu yang menunjukkan mangsa pernah berada di kawasan itu.

"Namun operasi masih diteruskandan pasukan penyelamat juga akan ditambah petang ini daripada Pasukan Gerakan Am (PGA), Batalion 3, Bidor, Perak yang pakar dalam kawasan hutan," katanya.

Menurutnya, operasi petang ini akan menjangkau tiga kilometer kedua sehingga ke Bukit Kutu.

Jashiah dilaporkan hilang dari rumahnya oleh suaminya Ruzilan Omar, 57, sejak Jumaat lalu.

Ketika pulang ke rumah selepas mengambil anak bongsu di Rawang kira-kira 3 petang, Ruzilan mendapati isterinya tiada dengan pintu pagar terbuka.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Oktober 2015 @ 2:30 PM