Mohd Al-Jufferi bersama piala pada majlis Anugerah Sukan Pahang 2013/2014 disampaikan oleh Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah. - Pix Bernama

Kuantan: Atlet pencak silat Mohd Al-Jufferi Jamari dan atlet menembak Nur Ayuni Farhana Abd Halim masing-masing dinobat Olahragawan dan Olahragawati Pahang.

Anugerah disampaikan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah pada Majlis Anugerah Sukan Pahang 2013/2014 di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, di sini malam tadi.

Turut berangkat Sultanah Pahang Sultanah Kalsom, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

Al-Jufferi mengenepikan enam calon lain.

Beliau antara lain memenangi pingat emas dalam Kejuaraan Silat Terbuka Belgium, Kejuaraan Silat Terbuka Uzbekistan 2014 dan Kejuaraan Silat Terbuka Belanda 2014.

Nur Ayuni Farhana pula pernah memenangi satu pingat emas dan dua perak pada kejohanan Selangor Open Shooting Championships 2013.

Anugerah lain ialah kepada atlet angkat berat Mohammad Azril Huzairi Ramli (Olahragawan Harapan) dan atlet gimrama Koi Sei Yan (Olahragawati Harapan).

Anugerah Majlis Sukan Daerah (Majlis Sukan Daerah Rompin), Persatuan Sukan Terbaik (Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang).

Pasukan Wanita Terbaik (Pasukan Rifle Wanita Negeri Pahang); Pasukan Lelaki Terbaik (Pasukan Bola Sepak Pahang); Paralimpik Lelaki (atlet angkat berat Mohd Shamil Md Saad); Jurulatih Terbaik (Jurulatih Pahang FA Zainal Abidin Hassan); Penggerak Sukan (Osman Nok - Pencak Silat); Kepimpinan Sukan (Datuk Zulkefli Yaacob-olahraga).

Anugerah Khas Media (Wartawan NST, T Alagesh). - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Oktober 2015 @ 2:47 PM