Hamilton melemparkan Mistico ke tali gelanggang. - Pix Reuters
Hamilton melemparkan Mistico ke tali gelanggang. - Pix Reuters

Mexico City: Juara Formula Satu (F1) baru ditabal Lewis Hamilton mengambil kesempatan melakukan beberapa aksi menarik di hadapan ribuan penonton menyaksikan perlawanan gusti di Arena Mexico.

Pemandu Britain terbabit bertarung acara ‘tag team’ dalam perlawanan Lucha Libre sebelum memecut jentera F1 pada perlumbaan Grand Prix Mexico bermula esok dan perlumbaan sebenar pada Ahad.

https://youtu.be/vMVtFQE4uCE

Hamilton beraksi melawan Mistico penggusti berusia 32 tahun dengan nama sebenar Luis Ignacio Urive Alvirde yang tampil dalam WWE sebagai Sin Cara.

Hamilton melakukan dua sepakan ke bahagian perut penggusti terbabit sebelum melakukan lompatan ‘cross-body’ dan pengadil membuat kiraan. - Independent

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Oktober 2015 @ 8:21 PM