Oleh Syahid Sokri

Alor Setar: Seorang ibu tunggal tiga anak berusia antara tujuh hingga 10 tahun, terharu apabila menerima sumbangan barangan keperluan harian dan wang tunai sempena program Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) 2015.

Norizan Hamid Hamzah, 38, dari Lorong 8 Kampung Ulu, Kuala Kedah, di sini, berkata dia amat berterima kasih kepada Harian Metro kerana prihatin dan sudi menziarahi keluarganya di rumah usang didudukinya bagi mengetahui nasib dirinya yang tidak berkemampuan akibat kesempitan hidup.

"Saya gembira bercampur terharu dengan Harian Metro kerana sanggup datang ke rumah saya yang serba daif. Saya memang memerlukan bantuan untuk membesarkan anak-anak.

"Selain itu, anak-anak turut gembira apabila mengetahui ada pihak sanggup datang dari jauh untuk membantu. Mereka juga gembira dapat menikmati juadah ayam goreng KFC yang jarang diperolehi.

“Saya juga gembira kerana anak-anak teruja untuk bersekolah apabila mendapat basikal serta dua pasang pakaian sekolah baru. Basikal ini juga akan turut saya gunakan untuk mencari pekerjaan bagi menyara keluarga," katanya.

Norizan berkata demikian ketika ditemui selepas dikunjungi Timbalan Pengarang Kumpulan Harian Metro [email protected] Bachok dan Pengarang Eksekutif (Pengeluaran/BPI) Othman Mamat merangkap Pengerusi TKHM di rumahnya di sini, hari ini.

Katanya, dia memperolehi semangat baru sekali gus berharap anak-anaknya, Shabani Hamdan, 10, Nurul Nabila, 8, dan Shahrul Nizam, 7, kembali bersekolah.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 November 2015 @ 6:54 PM
Salim (dua dari kanan) bersama Othman  menyampaikan sumbangan barangan kepada Norizan dan anak-anaknya. - Foto AMRAN HAMID
Salim (dua dari kanan) bersama Othman menyampaikan sumbangan barangan kepada Norizan dan anak-anaknya. - Foto AMRAN HAMID
Norizan Hamid Hamzah bersama anak-anak, Shahbani Hamdan (kanan), Nurul Nabila dan Shahrul Nizam (kiri) selepas menerima barangan keperluan melalui program Titipan Kasih Harian Metro di rumah mereka  di Kampung Ulu, Kuala Kedah, petang tadi. - Foto AMRAN HAMID