Oleh Sudirman Mohd Tahir


Beberapa tahun lalu, dia dikenali sebagai Zizi The Fabulous Cat. Kini sejak menyertai kumpulan Nukilan, gadis berusia 30 tahun ini memperkenalkan dirinya sebagai Zizi Kirana.

Keputusan itu dibuat bukan kerana enggan dibayangi kumpulan lama, sebaliknya Zizi Kirana atau mesra disapa Zizi ini ingin menjenamakan semula kerjayanya.

Jika pada awal penubuhan iaitu pada 16 Januari tahun lalu, ramai peminat keliru kerana menyangka dia masih bersama The Fabulous Cat. Namun, kini tidak lagi kerana penggunaan nama Zizi Kirana itu dilihat lebih komersial.

“Saya akui selama bersama The Fabulous Cat, kerjaya seni saya banyak menunjukkan perkembangan. Tapi, apabila ia dibubarkan sendiri oleh Abang Cat Farish, saya perlu mencari identiti baru.

“Lantas, penubuhan kumpulan Nukilan dilihat cara terbaik saya menjenamakan semula diri dan nama. Saya juga menjadikan nama baru ini sebagai pembakar semangat untuk terus maju dalam bidang diceburi,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 November 2015 @ 7:25 AM