Oleh Mohd Husni Mohd Noor


Putrajaya: Mahkamah Persekutuan hari ini mengarahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menentukan tiga persoalan undang-undang berhubung pendakwaan terhadap bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang.

Panel lima hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria membuat keputusan itu selepas membenarkan bantahan awal oleh pihak pendakwaan.

Justeru, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar tiga persoalan itu pada Khamis ini sama ada pertuduhan dihadapi oleh kedua-duanya di bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan, boleh dibicarakan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) Akta 2012 (SOSMA).

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 19 Oktober lalu merujuk kes berkenaan ke mahkamah tertinggi negara bagi memastikan sama ada pertuduhan yang mereka hadapi boleh dibicarakan di bawah SOSMA.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 November 2015 @ 1:55 PM