Azlee dijatuhi hukuman penjara 9 bulan. FOTO Mior Azlan
Azlee dijatuhi hukuman penjara 9 bulan. FOTO Mior Azlan
Oleh Nor Azura Abdul Jalil


Kuala Lumpur: Pemilik syarikat hiasan dalaman dipenjara sembilan bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas mengaku salah terhadap pertuduhan memiliki telefon bimbit yang mengandungi gambar bendera kumpulan militan Negara Islam (IS), Ogos lalu.

Hakim Datuk Mohd Azman Husin menjatuhkan hukuman itu terhadap Azlee Md Salleh, 30, dan memerintahkan hukuman bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 19 Ogos lalu.

Mengikut pertuduhan, Azlee didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Ira, Kangar, Perlis pada 8.30 pagi, 19 Ogos lalu.

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 130JB (1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan boleh dilucut hak mana-mana bahan itu, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin, manakala tertuduh diwakili peguam Dinesh Muthal.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 November 2015 @ 2:13 PM