ANTARA babak menarik dalam Spectre.
ANTARA babak menarik dalam Spectre.
ANTARA babak mencemaskan dalam Spectre.
ANTARA babak mencemaskan dalam Spectre.
MENAMPILKAN Monica Bellucci sebagai Lucia.
MENAMPILKAN Monica Bellucci sebagai Lucia.
ANTARA babak menarik dalam Spectre.
ANTARA babak menarik dalam Spectre.
ANTARA artis yang hadir pada majlis tayangan perdana filem Spectre.
ANTARA artis yang hadir pada majlis tayangan perdana filem Spectre.
Susunan Michelle Gun


Selepas lebih lima dekad, siri filem perisik British popular James Bond masih meneruskan kisahnya menerusi filem ke-24, Spectre yang bakal menemui penonton di seluruh negara mulai esok.

Daniel Craig kembali sebagai ejen perisik 007 dan menyelesaikan misi tidak rasmi di Mexico atas arahan bekas ketua M16 yang dibunuh dalam Skyfall sebelum ini.

Biarpun digantung tugas, Bond ke Rom, Itali untuk menghadiri upacara pengebumian penjahat yang dibunuhnya dan diberitahu mengenai sebuah organisasi jenayah bergelar Spectre.

Pada masa sama di London, ketua Joint Intelligence Service merancang menutup bahagian 00 dan menubuhkan perkhidmatan risikan baru dengan kerjasama sembilan negara.

Seperti siri filem lalu, kisah James Bond tidak lengkap tanpa kehadiran wanita jelita.

Dalam Spectre pula, pelakon Itali Monica Bellucci membintangi watak sebagai Lucia manakala Lea Seydoux sebagai Madeleine Swann.

Begitu juga dengan lokasi misi dan kali ini perisik itu menjelajah ke Mexico, Austria dan Maghribi untuk menjejaki musuh.

Spectre diarahkan Sam Mendes dan jalan cerita turut berkait dengan penjahat yang pernah muncul dalam siri lalu James Bond.

Apa yang pasti, Spectre bukan kesudahan ejen 007 kerana dikhabarkan pembikinan siri ke-25 bakal bermula tahun depan.

Turut membintangi filem Spectre adalah Christoph Waltz dan Stephanie Sigman.

Siri James Bond yang bermula dengan Dr No pada 1962 mencatat rekod sebagai siri filem paling lama yang masih dalam produksi.

Masih perlukan Daniel Craig

Sebelum ini, Craig dikatakan tidak lagi berminat memegang watak sebagai James Bond, namun menafikan spekulasi itu dalam sidang media baru-baru ini.

Produser James Bond Barbara Broccoli berkata, buat masa ini tiada perancangan untuk menggantikan tempat Craig dengan pelakon baru.

“Kami merancang mengekalkan Craig sebagai James Bond selama mungkin,” katanya.

Broccoli berkata, Spectre adalah filem James Bond kedua arahan Mendes dan Seydoux sesuai sebagai kekasih Bond.

Berikutan kenyataan Craig sanggup mengelar pergelangan tangannya sekiranya ditawarkan berlakon dalam filem James Bond seterusnya, pihak Sony memberi amaran kepada pelakon itu supaya berhenti mengkritik Spectre.

Spectre menjadi filem keempat Craig dan sebelum ini, pelakon berusia 47 tahun itu pernah membintangi Skyfall, Quantum of Solace dan Casino Royale.

Selain Craig, enam pelakon yang pernah memegang watak James Bond ialah Sean Connery (1962 - 1971 dan 1983), David Niven (1967), George Lazenby (1969), Roger Moore (1973 - 1985), Timothy Dalton (1987 - 1989) dan Pierce Brosnan (1995 - 2002).

Spectre mencatatkan rekod kutipan pecah panggung apabila berjaya mengutip RM346 juta pada minggu pertama tayangannya di Britain pada 26 Oktober lalu.

Filem itu berjaya mengatasi rekod yang dipegang Harry Potter and the Prisoner of Azkaban yang mencatatkan kutipan RM158.26 juta pada minggu pertama tayangan di Britain.

Sementara itu, Suruhanjaya Tinggi British dan Sony Pictures Entertainment menganjurkan majlis tayangan perdana filem Spectre di Pavillion Kuala Lumpur, malam kelmarin.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran artis tanah air antaranya Farid Kamil, Diana Dianelle, Harith Iskandar, Afdlin Shauki, Zizan Razak, Ning Baizura, Najwa Mahiaddin dan Nurul Wahab.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 November 2015 @ 7:30 AM