Oleh Siraj Mohd Zaini

Kuala Lumpur : Tiga warga Nigeria yang dipercayai dalang sindiket penyeludupan dadah diberkas polis dalam serbuan di Puchong.

Polis turut menahan lelaki tempatan dan merampas dadah jenis syabu yang dianggarkan bernilai RM5 juta, dalam serbuan yang dilakukan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman.

Difahamkan, dadah terbabit disorokkan dalam beg tangan wanita yang dipercayai dibawa masuk melalui kargo udara dari China ke negara ini.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitter miliknya turut mengucapkan syabas di atas kejayaan berkenaan.

"Syabas STING @PDRMsia tangkap 4 orang (3 warga Nigeria), rampas 46 kg syabu yang disorok dalam beg tangan wanita tadi. GO PDRM Go," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 November 2015 @ 12:26 AM