KEBOLEHAN Anis untuk single pertamanya mengejutkan Pengarah Urusan Music Space Nasir Deraman.
KEBOLEHAN Anis untuk single pertamanya mengejutkan Pengarah Urusan Music Space Nasir Deraman.
Oleh Nor Akmar Samudin


Tanpa dapat berselindung atau cuba menafikan, nama pelakon dan penyanyi Anis Al Idrus, 27, mula menjadi perhatian selepas percintaannya dengan pelakon popular Sharnaaz Ahmad diketahui ramai.

Malangnya, hubungan yang terjalin selama tiga tahun itu kecundang di tengah jalan.

Tahun pertama keakraban mereka dirahsiakan, masuk tahun kedua barulah masing-masing bersifat terbuka untuk berkongsi cerita bahagia dengan peminat.

Pun begitu ia hanyalah seketika cuma yang akhirnya kini segala keindahan waktu bersama sudah menjadi sebahagian daripada lipatan sejarah hidup mereka.

Sama ada suka atau tidak, Anis atau nama sebenarnya Sharifah Anis Syed Zainal Al Idrus perlu bersikap terbuka dalam perkara ini kerana biarpun dia dan Sharnaaz tidak sehaluan lagi, tetapi sejauh mana pun kakinya melangkah dirinya akan terus dikaitkan dengan aktor itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 November 2015 @ 9:33 AM