KOLEKSI cincin Twinkling Ribbons yang cantik untuk digayakan pada Krismas ini.
KOLEKSI cincin Twinkling Ribbons yang cantik untuk digayakan pada Krismas ini.
Oleh Siti Nadirah Hafidzin


Sempena kedatangan Krismas Disember ini, Poh Kong memperkenalkan koleksi Krismas 2014 dengan pelbagai rekaan terkini seperti rangkaian loket, rantai, gelang, anting-anting dan cincin.

Koleksi itu didatangkan dengan pilihan emas putih, emas kuning dan emas mawar yang dihiasai batu berlian dan mutiara bagi menambahkan lagi kilauan dan kemewahannya.

Pengurus Pemasaran-nya, Elizabeth Choon berkata, bagi menyemarakkan semangat meraikan Krismas bulan depan, Poh Kong turut mengeluarkan beberapa siri koleksi terbarunya yang berunsurkan keria-ngan seperti reben, daun dan rama-rama.

Menurutnya, Poh Kong membariskan koleksi cincin dalam siri 'Multiple Joy' manakala siri 'Boundless Bliss' menawarkan koleksi gelang dan cincin yang boleh dipakai secara berasingan atau digabung-kan untuk tampil lebih anggun.

"Bagi mendapatkan hasil yang lebih menarik dan menawan, anda boleh memadankan koleksi cincin emas putih dengan cincin emas kuning atau emas mawar dalam koleksi itu.

"Koleksi 'Little Treasures' juga tidak kurang istimewanya kerana didatangkan dalam rekaan baru dan segar selain dipadankan dengan mutiara comel," katanya.

Sememangnya bagi wanita, sambutan satu-satu perayaan akan terasa lebih meriah dengan adanya barang kemas baik di jari, pergelangan tangan atau leher. Tidak dinafikan, kehadiran barang kemas, apatah lagi yang bertatah kan batu permata atau berlian akan melengkapkan lagi penampilan seseorang.

Koleksi cincin unik daripada koleksi 'Twirling Circles' bakal menyerlahkan lagi gaya tersendiri anda. Selain itu, Mickey Magic daripada koleksi Disney turut menawarkan pelbagai loket terkini yang menjadi simbol ikonik bagi kanak-kanak.

Menurutnya, motif reben dalam koleksi 'Twinkling Ribbons' daripada emas mawar dan emas putih yang diselaputi deretan berlian amat menarik dan mempunya keistimewaan tersendiri.

Menariknya ia bukan saja menghiasi cincin dan anting-anting, malah cukup cantik untuk dipadankan pada rantai leher boleh laras me-ngikut keinginan anda.

Kemeriahan Krismas pasti lebih terasa de-ngan koleksi 'Oro Bianco' yang terdiri daripada barangan kecil dan comel termasuk pokok Krismas dan loceng selain loket yang bertemakan Krismas.

Koleksi terbaru ini boleh didapati di semua cawangan Poh Kong dan untuk maklumat lanjut, sila layari www.pohkong.com.my atau www.facebook.com/pohkongjewellers.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 November 2014 @ 5:00 AM