Ronaldo mengatakan dirinya berada dalam kalangan pemain terbaik dunia. - Pix Reuters

Madrid: Cristiano Ronaldo mengatakan dia adalah terbaik dunia dan setanding dengan pemain terhebat sepanjang zaman.

Dalam temuramah bersama editor sukan BBC Dan Roan penyerang Real Madrid itu mendakwa sudah mencapai satu tahap ‘bukan mudah untuk ditingkatkan lagi’.

Penyerang Portugal berusia 29 tahun itu ditabalkan pemain terbaik dunia sebanyak tiga kali adalah penjaring terbanyak Real Madrid sepanjang zaman.

Dia berkata: "Saya tidak perlu mengatakan saya berada dalam sejarah bolasepak. Saya seorang legenda. Angka membuktikan segalanya."

Ronaldo menyertai Real daripada Manchester United pada 2009.

Dia mahu bermain selama enam musim lagi sebelum bersara. Rekod jaringan kariernya sebanyak 504 gol dalam 760 penampilan. - BBC

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 November 2015 @ 2:49 PM