BAKUL tambok berbentuk silinder.

Bakul adalah produk anyaman yang biasanya dihasilkan daripada bilah-bilah rotan, buluh, bemban atau mengkuang.

Bagi menghasilkan bakul, beberapa proses penyediaan asas perlu dilakukan antaranya membersih, membuat bilah, mewarna dan menentukan jumlah bahan mengikut saiz bakul yang hendak dihasilkan.

Selepas itu, barulah proses menganyam atau membuat bakul dilakukan.

Bakul mempunyai fungsi yang tertentu. Tambok antara bakul rotan pelbagai fungsi yang amat terkenal dalam masyarakat Bidayuh di Sarawak.

Produk kraf ini berbentuk silinder dan disokong dengan empat kayu.

Masyarakat Bidayuh membawa hasil dari hutan menggunakan bakul ini di bahu dan tali lebar disangkutkan pada dahi mereka.

Tidak seperti masyarakat etnik lain, masyarakat Bidayuh menganyam bakul mereka dengan rotan yang disusun secara menegak dan melintang.

Bagi menghasilkan bakul tambuk, rotan dijemur selama seminggu bagi memastikan ia kering dan tahan lasak.

Ia mengambil masa satu hingga dua minggu untuk menyiapkan anyaman rotan bergantung kepada saiz dan bentuknya.

Jika dulu bakul tambok digunakan untuk membawa hasil tanaman, menyimpan padi atau beras pada musim menuai, kini fungsinya diper­luaskan.

Malah, pelbagai rekaan untuk memenuhi cita rasa orang muda hari ini direka seiring dengan perkemba­ngan zaman. Antaranya rantai kunci, beg galas dan beg bekas minuman yang mendapat permintaan tinggi.

Pada masa sama, bakul tambok ini dijadikan elemen dekorasi untuk ruang kediaman, pejabat dan ruang hotel.

Bakul hasil kraf ta­ngan tempatan yang beridentitikan negara kini mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Maklumat lanjut di www.kraftangan.gov.my.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 November 2014 @ 5:00 AM