Anggota Girls’ Generation, Seohyun akan berlakon dalam filem China, So I Married an Anti-Fan yang turut dibintangi Chanyeol dan pelakon China, Yuan Shan Shan.

Ini lakonan pertamanya untuk filem China dan Seohyun akan memegang watak pelatih muda yang berada di bawah syarikat pengurusan sama dengan Chanyeol.

Pada 2 November lalu, Seohyun dilihat meninggalkan Korea menuju ke Shanghai untuk masuk ke set penggambaran filem pertamanya di luar negara.

Dalam lakonan, Seohyun tidak terlalu ke depan seperti anggota Girls’ Generation lain. Sebelum ini dia ada berlakon watak kecil untuk drama saluran SBS, Passionate Love.

Pun begitu, dia berjaya membuktikan kemampuannya melalui pementasan muzikal seperti pementasan Gone With The Wind dan Moon That Embraces The Sun.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 November 2015 @ 5:04 AM