MAYAT mangsa dibawa ke tebing untuk dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. FOTO Zuliaty Zulkiffli
Oleh Zuliaty Zulkiffli


Alor Setar: Mayat kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang lemas di Sungai Kubang Rotan, Kuala Kedah, malam tadi ditemui kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian, pagi tadi.

Dalam kejadian 10.50 pagi, mayat mangsa Mohd Wafi Abu Bakar ditemui dalam keadaan tertiarap di bawah rimbunan pokok buluh.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Penguasa Bomba Abdul Razak Ahmad berkata, operasi disertai 25 anggota termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), 19 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan polis serta penduduk.

Katanya, anggota PPDA kemudian menemui mayat kanak-kanak itu di bawah rimbunan pokok buluh dalam keadaan tertiarap.

"Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, bagi tindakan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 November 2015 @ 12:17 PM
Skip this ad x