Oleh Aziman Rosdi


Jordan: Skuad Harimau Malaya mengadakan latihan penuh hari ini di padang latihan Kompleks Sukan Amman, Jordan.

Ia latihan kedua skuad kendalian jurulatih sementara Datuk Ong Kim Swee bagi persiapan menghadapi perlawanan kelayakan Kumpulan A Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 dengan Palestin di Stadium Antarabangsa Amman pada 12 November ini.

Semua 23 pemain bebas daripada kecederaan dan dilihat bersemangat untuk mengharungi perlawanan keenam Kumpulan A menentang Palestin.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 November 2015 @ 11:08 PM
Latihan penuh hari ini di padang latihan Kompleks Sukan Amman, Jordan. FOTO/VIDEO Aziman Rosdi