Kisah kecurangan John Terry cukup menyentap jiwa Toni Poole. Mengahwini Terry pada 2007, episod kecurangan Terry pada 2010 begitu mengecewakan Toni yang pernah menyuarakan hasrat untuk bercerai namun kerana cintanya terhadap Terry, Toni memutuskan untuk terus bergelar isteri kepada kapten Chelsea itu.

"Semua kerana saya mencintainya," kata Toni.

Toni begitu emosi ketika menceritakan kembali kisah itu dan menjelaskan bahawa da memberi satu lagi peluang buat Terry yang curang dengan model pakaian dalam Perancis, Vanessa Perroncel.

Semuanya kerana memikirkan masa depan anak kembar mereka Georgie John dan Summer Rose.

"Ia bukan hanya mengenai diri saya. Saya begitu mencintainya dan dia seorang ayah yag hebat,' katanya.

"Saya menerima banyak sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan. Jadi saya tidak mahu mengenang kembali episod sedih itu. Apa yang penting saya mencintai suami saya."

Rakan baik Toni kemudiannya mencelah dan berkata: "Hati Toni cukup kecewa dengan kecurangan suaminya sehingga memutuskan untuk bercerai. Anak-anaknya menyayangi ayah mereka. Terry juga mencintai mereka di sebalik semua yang berlaku. Toni sentiasa meletakkan anak-anaknya sebagai keutamaan.

Hakikatnya dia mencintai John. Mereka kekasih sejak di bangku sekolah," kata rakan kepada Toni.

Vanessa, wanita yang dikaitkan dengan Terry adalah bekas kekasih kepada rakan pasukan Terry di Chelsea, Wayne Bridge, menafikan dia mempunyai hubungan dengan pemain lain dalam pasukan itu.

Dia dikatakan turut menafikan tuduhan bahawa pernah menjalinkan hubungan seks dengan bekas penyerang Adrian Mutu dan Eidur Gudjohnsen.

Vanessa tinggal berhampiran Terry di Oxshott, Surrey, memaklumkan kepada rakannya: "Semua itu adalah pembohongan. Mereka yang mengatakan saya meniduri pemain lain adalah tidak benar sama sekali.

Vanessa dan Toni itu berkawan baik sebelum kecurangan Terry terbongkar.

Terry dan Toni masing-masing berasal dari Barking dan Dagenham mula keluar bersama pada 2000.

Mereka memilih untuk berkahwin pada Jun 2007 selepas menjalinkan hubungan selama sembilan tahun, dalam satu majlis penuh meriah di Blenheim Palace in Oxfordshire yang turut diserikan dengan persembahan penyanyi popular Lionel Richie.

Mengulas mengenai kehadiran Toni dalam hidupnya, Terry berkata dia jatuh cinta pandang pertama dengan Toni dan kecantikan Toni tidak dapat dinafikan terutama di dalam gambar.

"Dia seorang wanita yang sangat cantik dan begitu baik untuk saya. Dia sentiasa memberi sokongan kepada saya. Ketika saya hanya meraih pendapatan £46 (RM241) seminggu dan dia pula memperoleh £250 (RM1,300) seminggu dia akan membawa saya ke restoran. Dia tidak pernah memandang rendah terhadap saya."

Sementara itu Pengurus Chelsea, Jose Mourinho tidak pernah berasa bimbang karier pemain pertahanannya dan percaya pemain veteran itu sudah kembali ke prestasi terbaiknya selepas seketika seolah-olah hilang 'harga diri'.

Terry tampak lebih menonjol dalam kesebelasan Mourinho musim ini selepas beberapa musim kelihatan bermasalah sehingga kemuncaknya apabila dia sukar mendapat tempat ketika di bawah kendalian Rafael Benitez.

Mourinho yakin Terry sudah melupakan dua insiden dalam dan luar padang yang mengganggunya sebelum ini termasuk kehilangan status kapten England dan digantung kerana perlakuan bersifat perkauman terhadap pemain QPR, Anton Ferdinand.

"Dia (Terry) sudah memulihkan harga dirinya. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini dia kurang beraksi, bermasalah di dalam dan luar padang, penggantungan dengan pelbagai punca, cedera dan duduk di bawah pengurus pasukan yang tidak begitu yakin kepadanya.

"Pada satu ketika dia berdepan pelbagai masalah tetapi kini saya gembira kerana dia berjaya membuktikan dirinya masih hebat pada usia 33 tahun," kata Mourinho.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 November 2014 @ 5:05 AM