Mazlan atau lebih dikenali sebagai Pok Lang yang juga pencipta lagu Ulek Mayang meninggal dunia tengah hari tadi. FOTO Syafik Ambak
Mazlan atau lebih dikenali sebagai Pok Lang yang juga pencipta lagu Ulek Mayang meninggal dunia tengah hari tadi. FOTO Syafik Ambak
Oleh Zatul Iffah Zolkiply


Kuala Terengganu: Pencipta lagu Ulek Mayang, Mazlan Embong, 75, meninggal dunia akibat serangan jantung di IJN, Kuala Lumpur, jam 1.45 tengah hari tadi.

Allahyarham yang dikenali sebagai Pok Lang meninggal dunia ketika dirawat selepas mengadu sakit dada pada Sabtu lalu.

Beliau yang menghidap penyakit kencing manis pernah menjalani pembedahan jantung pada 1992.

Selain itu, pemeriksaan turut mendapati paru-parunya berair dan buah pinggangnya rosak, arwah disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Jenazah Mazlan dibawa pulang ke rumahnya di Jalan Tuanku Ahmad, Gong Kapas, di sini, kira-kira jam 10 malam tadi sebelum disembahyangkan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Syed Ibrahim 11.40 malam tadi.

Terdahulu, pekarangan rumah Allahyarham yang juga bekas guru dipenuhi ahli keluarga dan rakan terdekat yang datang.

Allahyarham meninggalkan sembilan anak dan 15 cucu

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 November 2015 @ 1:01 AM