KEADAAN kereta selepas kemalangan. FOTO ihsan pembaca
Oleh Shamsul Munir Safini


Prai: Lelaki berusia 18 tahun maut selepas tercampak dari Jambatan Pulau Pinang dalam kemalangan di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 5 pagi itu, kereta dinaiki mangsa bersama empat lagi rakannya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 0.6 jambatan berkenaan menghala ke Prai.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Perai, Penguasa Bomba Kanan II Nasir Idris berkata, mangsa tercampak dari atas jambatan setinggi lima meter menyebabkannya parah.

Nasir berkata, mayat mangsa dijumpai di kawasan tanah berdekatan laluan pusingan U di bawah jambatan.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala empat lagi rakannya hanya mengalami cedera ringan dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) bagi mendapatkan rawatan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 November 2015 @ 10:02 AM